31 December, 2009

Gerhana Bulan:Tanda Kebesaran Allah S.W.T

Gerhana Bulan

Rakyat Malaysia akan berpeluang untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan separa dari pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi pada 1 Januari ini.
Secara amnya, gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama bulan melintasi bayang bumi seperti yang ditunjukkan dalam rajah.
Menurut kenyataan Agensi Angkasa negara (Angkasa), fenomena gerhana tersebut akan bermula dengan fasa penumbra ( P1 ) pada pukul 1.17 pagi waktu Malaysia. Biasanya Gerhana Bulan berlaku pada pertengahan bulan hijri. Dan berlaku pada waktu malam

Kita berpeluang untuk menyaksikan siaran langsung gerhana bulan separa di laman web www.angkasa.gov.my pada awal pagi 1 Januari 2010 pukul 1.17 hingga 5.28 pagi.

Hukum Solat Gerhana

Ulama telah bersepakat tentang hukum sunat muakkad bagi melaksanakan solat sunat gerhana. Hukum sunatnya adalah sama dengan hukum solat dua hari raya. Solat sunat gerhana pula hanya dilakukan di tempat berlakunya gerhana. Jika saudara kita di satu tempat seperti Afrika Utara mengetahui ramalan akan berlakunya gerhana matahari separuh pada 29 Safar 1428, tetapi gerhana tersebut tidak berlaku d Malaysia, maka umat Islam di Malaysia tidak disunatkan untuk melakukan solat gerhana.

Dalil Pensyariatan

Hukum solat sunat gerhana adalah berdasarkan dalil dari

(1) Surah Fussilat, ayat 37,

لاَ تَسْجُدُواْ لِلشَّمْسِ وَلاَ لِلْقَمَرِ وَٱسْجُدُواْ لِلَّهِ ٱلَّذِي خَلَقَهُنَّ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

Maksudnya “Janganlah kamu sujud kepada matahari dan jangan pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah”.

(2) Hadis riwayat Imam Muslim yang maksudnya;

“Sesungguhnya kedua-dua matahari dan bulan adalah daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, tidak berlaku gerhana kerana kematian atau kerana hidupnya seseorang, apabila kalian menyaksikan fenomena gerhana tersebut maka solatlah dan berdoalah”

Menurut Imam Ibrahim al-Baijuri, antara hikmah berlakunya fenomena gerhana ialah sebagai peringatan kepada golongan penyembah matahari dan bulan bahawa kedua-dua matahari dan bulan adalah makhluk yang tunduk dan patuh pada kekuasaan Allah. Jika kedua-duanya adalah tuhan sebagaimana dakwaan mereka, nescaya akan menjaga dirinya daripada kekurangan, lalu mengapakah cahayanya boleh hilang seketika?

Tatacara Sebelum Melaksanakan Solat Sunat Gerhana

1. Sunat mandi terlebih dahulu.
2. Tidak disunatkan memotong kuku atau bercukur kerana waktu yang sempit.
3. Sunat juga memakai pakaian yang biasa (pakaian harian), bukan pakaian yang cantik-cantik seperti solat sunat istisqa’ (minta hujan).

Waktu Disunatkan Solat Sunat Gerhana

Waktunya bermula ketika berlakunya gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana tersebut dan keadaan menjadi seperti sedia kala. Begitu juga tidak diharuskan menambah ruku’ menjadi tiga bagi satu rakaat sekalipun gerhana berlaku panjang, atau memendekkan ruku’ menjadi satu bagi satu rakaat sekalipun gerhana sudah berlalu. Jika gerhana berlalu dan hilang sedang kita masih dalam keadaan bersolat maka dikira sah. Jika gerhana berlaku pada waktu yang ditegah padanya kita bersembahyang, maka dengan sebab gerhana kita disunatkan bersembahyang dan makruh pula meninggalkannya jika kita melihat fenomena gerhana. Ini adalah pendapat di sisi mazhab kita.

Beberapa Peringatan

1. Tidak perlu azan dan iqamah untuk memanggil jemaah menunaikan solat gerhana tetapi cukup dengan sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )

2. Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan. Bagi solat sunat gerhana matahari pula disunatkan memperlahankan suara pada bacaan Fatihah dan surah.

3. Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.

4. Sunat menyampaikan khutbah (dua khutbah seperti khutbah Jumaat) selepas solat sunat gerhana walaupun gerhana sudah hilang.

5. Sunat menyampaikan khutbah (seperti khutbah hari raya tetapi tidak disunatkan bertakbir 9 atau 7 kali berturutan pada mukaddimah khutbah).

6. Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah agar bertaubat daripada maksiat, bersedekah, berbuat kebajikan, banyak berdoa, beristighfar dan berzikir, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingatkan manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya.

7. Jika dilakukan berseorangan atau jemaah hanya daripada kalangan wanita, maka tidak perlu khutbah (tetapi harus memberi tazkirah kepada jemaah wanita).



PANDUAN RINGKAS SOLAT GERHANA & KHUTBAHNYA

Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari
أُصَلِّى سُنَّةَ الْكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”

Cara & Bilangan Rakaat

Terdapat 3 cara melaksanakan solat sunat gerhana iaitu;

i. Yang terlebih sempurna ialah dilakukan 2 rakaat dengan setiap rakaat 2 ruku’ dan 2 qiyam yang dipanjangkan bacaan surah dan tasbihnya pada kedua-dua rakaat (Kesimpulannya: jumlah ruku’, qiyam dan sujud adalah sebanyak 4 kali dalam dua rakaat solat sunat gerhana). Ini adalah cara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. bersama para sahabatnya dan melibatkan masa yang amat panjang. Kadar panjang bacaan surah ialah surah al-Baqarah (286 ayat) dalam qiyam pertama, sirah Aali Imran (200 ayat) dalam qiyam kedua, surah al-Nisa’ (176 ayat) dalam qiyam ketiga, dan surah al-Ma’idah (120 ayat) dalam qiyam keempat). Kadar panjang tasbih ialah sekadar bacaan 100 ayat dalam ruku’ dan sujud pertama, sekadar bacaan 90 ayat dalam ruku’ dan sujud kedua, sekadar bacaan 70 ayat dalam ruku’ dan sujud ketiga, dan sekadar bacaan 50 ayat dalam ruku’ dan sujud keempat.

ii. Yang lebih sempurna dilakukan 2 rakaat dengan 2 kali ruku’ dan 2 kali qiyam, dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat. Ini adalah cara yang sederhana dan tidak memakan masa yang lama.

ii. Sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ini adalah cara dan bilangan rakaat yang paling minimum dan melibatkan tempoh yang singkat.

Huraian Cara Kedua (Sederhana Panjang)

Berikut adalah huraian cara solat gerhana dalam tempoh yang sederhana iaitu sekitar 30-40 minit berdasarkan pengalaman menunaikan solat gerhana bulan pada hari Selasa 15 Syaaban 1428 bersamaan 28 Ogos 2007 lalu. Turut dicadangkan bacaan surah-surah pilihan daripada juzuk ke-30 yang lebih dikenali di kalangan masyarakat kita dengan ’ayat-ayat lazim’.

(Rakaat Pertama)
1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca Isti’azah. (أَعُوْذُ بِالله مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ)
4. Membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca surah dalam qiyam pertama. Dicadangkan membaca surah surah al-Baqarah (ayat 1-25) atau surah al-A’laa (19 ayat).
6. Ruku’ (pertama) dan membaca tasbih (100 kali tasbih).
7. Iktidal dan qiyam kedua, membaca surah al-Fatihah dan surah. Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 26-48) atau surah al-Ghaasyiyah (26 ayat).
8. Ruku’ (kedua) dengan membaca tasbih (90 kali tasbih).
9. Iktidal.
10. Sujud (pertama) dan membaca tasbih (100 kali tasbih).
11. Duduk antara 2 sujud (sunat dipanjangkan tempohnya).
12. Sujud (kedua) dan membaca tasbih (90 kali tasbih).
13. Berdiri ke rakaat kedua.

(Rakaat Kedua)

1. Qiyam ketiga dan membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah. Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 49-61) atau surah al- Syams (15 ayat).
3. Ruku’ (ketiga) dan membaca tasbih (70 kali tasbih).
4. Iktidal dan qiyam keempat, membaca surah al-Fatihah dan membaca surah. Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 62-74) atau surah al-Zalzalah (8 ayat).
5. Ruku’ (keempat) dengan membaca tasbih (50 kali tasbih).
6. Iktidal.
7. Sujud (ketiga) dan membaca tasbih (70 kali tasbih).
8. Duduk antara 2 sujud (sunat dipanjangkan tempohnya).
9. Sujud (keempat) dan membaca tasbih (50 kali tasbih).
10. Membaca tasyahhud akhir.
11. Memberi salam & imam bangun menyampaikan dua khutbah.

RUJUKAN

Abdul Karim Zaidan, Ensiklopedia hukum wanita dan keluarga, Kajian mendalam masalah wanita & keluarga dalam perspektif syariat Islam. Pustaka Dini.
al-Dimyāti al-Bakri, Abū Bakr bin ‘Uthmān bin Muhammad Shattā, Hāshiyat i‘ānat al-tālibin, 1995, Beirut: Dār al-Kutub al-‘Ilmiyyah, jil. 1, hlm. 448.
Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Zād al-ma‘ād fi hady Khayr al-‘ibād, 1994, Cet. ke-27, Beirut: Mu’assasat al-Risālah, jil. 1, hlm. 450-456.
Ibn Qudāmah, Muwaffaq al-Din Abū Muhammad ‘Abd Allah bin Ahmad bin Muhammad bin Muhammad bin Qudāmah, al-Mughni, 1992, Cet. ke-2, Kaherah: Hajar li al-Tibā‘ah wa al-Nashr wa al-Tawzi‘ wa al-I‘lān, jil. 3, hlm. 321-333.
al-Nawawi, Yahyā bin Sharaf, al-Azkār, 1991, cet. ke-3, Madinah: Maktabat Dār al-Turāth & Damsyik: Dār Ibn Kathir, hlm. 291-293.
al-Nawawi, Yahyā bin Sharaf, al-Majmū‘, t.th, Jeddah: Maktabat al-Irshād, jil. 5, hlm. 50-68.
al-Shāfi’i, Taqiy al-Din Abū Bakr bin Muhammad al-Husayni al-Husni al-Dimashqi, Kifāyat al-akhyār fi hall qhāyat al-ikhtisār, 1991, Beirut: Dār al-Khayr, hlm. 151-152.

Doa Memohon Keselamatan Terhadap Diri,Anak-anak,Keluarga dan Rumahtangga dari Kejahatan Manusia,Binatang dan Bala Bencana

DOA MEMOHON KESELAMATAN TERHADAP DIRI, ANAK-ANAK, KELUARGA DAN RUMAHTANGGA DARI KEJAHATAN MANUSIA, BINATANG DAN BALA BENCANA


إِنَّ رَبِّيَ اللَّهُ هُوَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمُ ،مَا شَاءَ اللَّهُ كَانَ وَمَا لَمْ يَشَأُ لاَ يَكُونُ لاَ حَوْلَ ،وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ ،أَشْهَدُ أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ،وَأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا،أَعُوذُ بِالَّذِي يُمْسِكُ السَّمَاءَ أَنْ تَقَعَ عَلَى الأَرْضِ إِلاَّ بِإِذْنِهِمِنْ شَرِّ كُلِّ دَابَّةٍ رَبِّي آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا إِنَّ رَبِّي عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ


Maksudnya : Sesungguhnya Tuhanku, tiada Tuhan yang sebenarnya yang berhak disembah melainkanNya, ke atasNya aku bertawakkal, dan Dialah Tuhan yang memiliki arasy yang agung, .Apa sahaja yang dikehendakinya tentu akan berlaku, dan apa yang tidak dikehendakinya tidak akan berlaku.Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah yang maha tinggi lagi maha agung.Aku bersaksi bahawa Allah maha berkuasa atas segala sesuatu dan pengetahuanNya meliputi segala sesuatu.Aku memohon perlindungan kepadaNya yang maha berkuasa menahan langit dari jatuh ke atas bumi melainkan dengan izinNya, aku memohon perlindunganNya dari kejahatan segala makhluk yang bergerak di muka bumi yang berada di bawah kuasaNya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.

( Riwayat al-Baihaqiy dalam Dala`il al-Nubuwwah no 3046, al-Matalib al-Aliyyah no 3490 , Ithaf al-Khiarat no 6087 , Bughyat al-Bahith no 1052)


Kelebihan & KhasiatMenurut riwayat dari al-Tabaraniy dalam Kitab al-Du’a dari Abdullah bin Ahmad bin Hanbal bahawa telah mengadu seorang sahabat kepada Abu Darda` r.a bahawa kebakaran sedang berlaku pada kawasan rumahnya.Abu Darda menafikannya.Kemudian datang lagi seorang mengadu hal yang sama lalu ditolak olehnya lagi sehinggalah orang yang dketiga tetapi tetap dinafikannya.Kemudian datanglah orang yang ke empat memberitahu bahawa apabila api itu hampir dengan rumahnya ia terpadam sendiri.Abu Darda r.a telah menjelaskan bahawa dia mendengar Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang mengamalkan doa ini dibacakan pada waktu pagi dan petang, dia tidak akan melihat sebarang perkara yang tidak disenanginya menimpa diri, anak-anak, pasangan dan rumahnya

SMT4YOU 3 bulan pertama

SMT4YOU sudah memasuki bulan ke empat semenjak posting pertama iaitu pada 090909 (9 September 2009) yang bertajuk 12 beradik hilang pergantungan. Sehingga sekarang hit yang capai oleh SMT4YOU baru mencecah 1955 hit. Kelembapan hit mungkin disebabkan bebrapa faktor publisiti dan kandungan. Oleh itu ahli jamaah dan AJK disarankan menyumbangkan idea demi kemajuan blog ini supaya ianya setanding dengan blog-blog popular yang sedia ada di alam siber ini.

Selamat tahun baru Masehi 2010

18 Disember 2009 yang lalu kita umat Islam telah menyambut tahun baru Hijrah 1431. Pada 15 Muharam 1431 esok masyarakat dunia menyambut tahun baru Masehi 2010 pulak.

Ustaz Alias Abdul Rahim

SMT telah mendapat pengganti ustaz Haji Mohd Zakuan Tak iaitu ustaz Alias yang telah melaporkan diri sebulan yang lalu. Semoga dengan kehadhiran Ustaz Alias akan menambahkan lagi jumlah kegiatan dan aktiviti surau.

Kalendar baru Hijrah

InsyaAllah jika urusan dapat diselesaikan segera, ahli jamaah surau akan mendapat kalender hijrah dari SMT sebagai penghargaan kepada kesetiaan ahli jamaah yang teru-menerus menymbang kepada kemakmuran surau. Pihak SMT masih belu dapat menentukan masa yang sebenarnya pengagihan kalender ttetapi dijangka awa Januari 2010.

15 December, 2009

HSBB Percubaan

Kira-kira 122 kediaman di Bangsar, Taman Tun Dr. Ismail, Subang Jaya dan Shah Alam kini terlibat di dalam percubaan perkhidmatan runcit HSBB, yang merupakan sebahagian daripada rancangan progresif Syarikat kita untuk menawarkan perkhidmatan komersial jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) di empat kawasan ini sebelum akhir suku pertama 2010.
Percubaan perkhidmatan ini akan memberi peluang kepada TM untuk menguji sistem, proses, metodologi pemasangan gentian dan sebagainya dengan perancangan untuk menawarkan pengalaman perkhidmatan pelanggan yang dipertingkatan apabila perkhidmatan komersial ditawarkan pada akhir suku tahun pertama 2010. Para penguji beta tersebut sedang mengalami dan menikmati akses rangkaian berkelajuan 15Mbps yang disertakan dengan perkhidmatan tiga serangkai (‘triple play’) merangkumi Suara, Video dan Data yang berkaitan yang bakal digabungkan bagi melengkapi pakej runcit komersial HSBB yang akan diumumkan oleh TM tidak lama sebelum tarikh pelancarannya nanti. Baru-baru ini, TM juga telah selesai menjalankan dua kajian pengguna untuk menentukan komposisi dan harga pakej runcit HSBB yang terbaik yang akan merangkumi perkhidmatan asas dan tambah nilai.
Menurut Dato’ Zam Isa, “Saya ingin memberi jaminan kepada kesemua pelanggan awal yang berminat bahawa pakej runcit HSBB yang akan diperkenalkan tidak lama lagi adalah menarik dari segi nilai dan pada harga yang berpatutan. Ini kerana kami ingin menggalakkan seramai mungkin pelanggan awal di keempat-empat kawasan tersebut untuk melanggani perkhidmatan ini. Kami berharap pengalaman positif mereka akan menjadi pengesahan kepada seluruh negara apabila HSBB ditawarkan di kawasan mereka kelak.”
HSBB menjanjikan kelajuan akses rangkaian (kelajuan port) yang lebih pantas dari kelajuan terpantas Jalur Lebar untuk Masyarakat Umum (BBGP) yang kini ditawarkan pada kelajuan sehingga 4Mbps oleh perkhidmatan sedia ada TM, Streamyx. HSBB juga mensasarkan prestasi rangkaian yang menyeluruh dan unggul, termasuk lebar jalur antarabangsa – berdasarkan pelaburan TM dalam pelbagai sambungan dasar laut, termasuk rangkaian kabel Asia-America Gateway (AAG), yang baru diaktifkan pada 10 November 2009.
“Memandangkan bahawa pemasangan infrastuktur gentian sambungan akhir di Malaysia masih baru diperkenalkan dan keadaan sensitif semasa pemasangan gentian ke rumah (Fiber-to-the-Home – FTTH) yang memerlukan darjah ketepatan yang tinggi, masa pemasangan di premis dianggarkan memakan masa dari 6 hingga 8 jam kerana ia melibatkan kajian tapak, penggerudian, kerja-kerja jerejak, pemasangan paip, kerja-kerja elektrik dan akhirnya konfigurasi peralatan. Ini pengalaman biasa yang dilalui oleh semua syarikat telekomunikasi di seluruh dunia yang terlibat dalam perlaksanaan FTTH,” jelas Dato’ Zam.
Sehingga kini, TM telah memasang infrastruktur persediaaan HSBB untuk 143,000 premis dengan sasaran melengkapkan sejumlah 150,000 premis sebelum akhir 2009. Sebelum akhir 2009, TM juga menjangka akan melengkapkan kerja-kerja naik-taraf fizikal sepenuhnya di empat ibu sawat utama di Taman Tun Dr Ismail, Subang Jaya, Shah Alam dan Bangsar. Kerja-kerja akses gentian fizikal kini sedang berlangsung di 44 daripada 95 ibu sawat di seluruh negara yang dirancang untuk diliputi oleh perlaksanaan perkhidmatan awal HSBB.
Sehingga akhir 2012 – berdasarkan kelengkapan fasa pertama projek nasional HSBB yang dipersetujui dengan Kerajaan – kira-kira 1.3 juta premis di seluruh negara akan mendapat akses ke perkhidmatan HSBB. Kawasan-kawasan tersebut yang dipilih sebagai Zon 1, yang akan diberi perkhidmatan tersebut termasuklah Lembah Klang, Iskandar Malaysia dan kawasan industri yang penting di seluruh negara.
Sehingga kini, perbelanjaan modal TM dari suku keempat 2008 sehingga 30 Oktober 2009 adalah RM1.4 bilion, merangkumi akses sambungan akhir, perlaksanaan IP teras dan penambahan kapasiti rangkaian antarabangsa. TM telah menerima pembayaran balik kerajaan untuk kerja-kerja ini, yang selari dengan komitmen yang dinyatakan di bawah perjanjian PPP.

10 December, 2009

Warga TM sekalian,

Tahun 2010 pasti menarik bagi kita semua! Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi yang akan dilancarkan pada Mac tahun depan, sering disebut-sebut di kalangan masyarakat di seluruh negara. Pemacu utama masa depan Syarikat kita ini akan meningkatkan daya hidup digital dengan menyediakan ‘High definition TV’, sembang secara langsung tanpa gangguan menerusi video, e-pendidikan, e-kerajaan, muat turun filem dan muzik yang laju serta pelbagai lagi.
Sebagai Warga TM, sudah tentu kita berbangga menjadi sebahagian daripada detik bersejarah ini dan menyaksikan Syarikat kita menjadi tumpuan ramai di peringkat nasional. Memandangkan saat-saat ini amat bermakna bagi kita semua, kami ingin menjemput anda semua untuk menyertai peraduan “Namakan Projek HSBB”.
Anda cuma perlu ikuti tiga langkah mudah ini:
Fikirkan nama sama ada dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris yang paling sesuai sekali dengan personaliti dan janji yang berkaitan dengan jenama kita tanpa menyebut Streamyx. Cadangkan nama yang mencerminkan gaya hidup masa kini dan juga membolehkan warga Malaysia mempunyai tanggapan berlainan mengenai TM.
Sediakan rasional bagi setiap nama yang dikemukakan.
Hantar melalui e-mel kepada gcc@tm.com.my selewat-lewatnya pada jam 5:00 petang, Jumaat, 11 Disember 2009.
Hantarkan seberapa banyak penyertaan yang anda mahu dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris dan menangi dua tiket melancong ke pulau Bali yang indah. Anda mungkin menempa nama dalam sejarah kerana memberikan nama kepada projek yang bersejarah ini!
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Nurul Aina Nadzir di 03-22401154. Ingatlah bahawa tarikh tutup peraduan ini adalah pada jam 5:00 petang, Jumaat 11 Disember 2009. Jangan lengahkan masa dan hantarkan penyertaan anda sekarang!

Kami menungu penyertaan anda!

Bagi pihak Group Marketing
Komunikasi Korporat Kumpulan
Telekom Malaysia Berhad

08 December, 2009

Mencari anak yang hilang



Gambar anak, Aiman Amanina berumur 16 tahun. Telah keluar dari rumah semenjak 11 Nov 2009. Dipercayai ada sekitar KL.

Wassalam.

Rahim
019-2881788

04 December, 2009

Kelas Bahasa Arab

Kuliah zohor di SMT memang mendapat sambutan yang hebat setiap kali ia di adakan. Kuliah di adakan adalah berdasarkan kitab-kitab rujukan yang muktabar dan dianalisa oleh ustaz-ustaz yang kenali umum berwibawa dan komited dengan tradisi keilmuan. Ada cadangan dari jamaah supaya di adakan kelas bahasa Arab bagi mendalami ilmu agama dengan lebih berkesan. Cadangan yang rasanya munasabah ialah dua kali sebulan. Mengambil kesempatan kehadiran ustaz Alias yang baru sahaja mengetuai unit agama menggantikan ustaz Mohd Zakuan yang pencen, disarankan kelas ini di pimpin oleh beliau. Semoga cadangan para jamaah ini bakal menjadi kenyataan. Mungkin pihak surau terpaksa menggantikan dua slot kuliah biasa dengan slot kelasbahasa Arab ini. Walaubagaimanapun terpulang kepada kebijaksanaan AJK dalam menguruskan cadangan ini supaya menjadi kenyataan.

03 December, 2009

Puan Zaleha Shaari kembali ke Rahmatullah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Dukacita dimaklumkan bahawa salah seorang anggota TM iaitu Pn. Zaleha Shaari, Penolong Pengurus di Bahagian Consumer Sales Kuala Lumpur telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 26hb. November 2009 disebabkan oleh penyakit Kanser Colon yang telah dikesan 4 bulan lalu.

Pemergian arwah merupakan satu kehilangan besar kepada CSKL khususnya dan TM secara amnya. Marilah sama-sama kita hadiahkan pahala bacaan al-Fatihah dan mendoakan agar rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman. Insya Allah, AL-FATIHAH.


Send by
GROUP HUMAN CAPITAL MANAGEMENT

10 November, 2009

VCD ceramah khas Ustaz Ismail Kamus

Untuk makluman para jamaah, VCD keluaran khas kuliah Ustaz Datuk hj Ismail Kamus masih ada tinggal sedikit lagi. Stok tidak akan dicetak lagi. Kepada muslimin dan muslimat yang berminat sila dapatkan segera dari AJK SMT. Harga hanya RM5.00 dan RM1.00 dari hasil jualan akan dimasukkan dalam tabung surau.

Kuliah di Dewan Serbaguna

Assalamualaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera

Tuan/Puan Warga TM yang dihormati sekalian,

Sukacita dimaklumkan bahawa Badan Kebajikan Islam TM (BAKIT) Pusat dengan kerjasama Helwa BAKIT akan menganjurkan Ceramah Agama Perdana sempena Cuti Sekolah sepertimana maklumat berikut :-

Tarikh : 16 November 2009 (Isnin).
Masa : 12.30tengahari - 2.00 petang.
Tempat : Dewan Serbaguna Menara TM, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.
Tajuk : Ihsan Kepada Ibubapa.
Penceramah : YBhg Ustaz Faisal @ Ahmad Faisal Bin Abdul Hamid. Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Seluruh muslimin dan muslimat warga TM adalah dijemput hadir.

Sekian terima kasih dan salam hormat.

Wassalam.

USTAZ ZULKIFLI BIN HJ. HASIM

30 October, 2009

Modus Operandi Penipuan yang anda perlu tahu

Kes 1
Kawan kita ini telah menampal iklan tawaran sewa rumah beliau di Shah Alam. Ramai yang membuat panggilan bertanyakan itu dan ini berkaitan sewa tersebut. Namu beliau tertarik dengan pelanggan yang ini dan satu perjumpaan di buat di Bangsar Village. Pelanggan yang datang seramai dua orang, seorang dalam lingkungan 40an dan seorang lagi sudah berumur sekitar 60an berambut keseluruhannya putih dan peramah, nampak alim, bercakap lemah-lembut. Maka berlakulah dialog yang berkaitan penyewaan dan pelanggan ini akhirnya bersetuju untuk menyewa rumah beliau tersebut.
Satu perjumpaan lain dirancang untuk proses seterusnya. Pejumpaan kedua dibuat dan pelanggan memaklumkan majikannya yang ingin menyewa rumah, seorang ahli perniagaan bergelar DATUK tidak bersetuju untuk menyewa tetapi ingin membeli rumah tersebut jika dipersetujui oleh kawan kita ni. Fikir punya fikir akhirnya akur untuk menjualkan rumah tersebut dan perjumpaan ketiga pula dirancng untuk proses jual beli dan akan dihadiri oleh majikan pelanggan ini yang bergelar DATUK.
Akhirnya perjumpaan ketiga dibuat di Mid Valley dengan dihadiri oleh majikan dan dua pelanggan yang pernah bertemu sebelum ini semasa proses tawar-menawar. Disingkatkan cerita DATUK tersebut bersetuju dengan harga yang ditawarkan dan akan bayar tunai pada hari berikutnya setelah segala dokumen selesai diuruskan.
Setelah habis selesai proses jual beli rumah tetapi sebelum beredar datang pula seorang tuan tanah yang menyambung kisah jual beli tanah yang telah dipersetujui oleh majikan pelanggan kawan kita ini yang telah dibincangkan sebelum ini. Sekarang kawan kita ni sudah di heret dari perbincangan penjualan rumah beliau ke dalam perbincangan beli tanah oleh majikan pelanggan ini pulak. Tanah yang dipersetujui oleh majikan berharga RM900 ribu dan majikan telah bersetuju dengan harga tanah tersebut dan juga akan dibayar tunai.. Setelah majikan yang bergelar DATUK tadi beredar kerana kononnya ada banyak urusan lain maka urusan jual beli tanah dibincangkan oleh pelanggan tadi dengan dihadiri sama oleh kawan kita ni. Semasa ketiadaan DATUK tadi tuan tanah memaklumkan bahawa harga tanah sebenar ialah ialah RM600 ribu sahaja jadi pelangan boleh mendapatkan keuntungan peribadi RM300 ribu tetapi beliau mahukan deposit segera RM400 ribu sedangkan mereka berdua cuma ada RM15 Ribu sahaja ditangan dan campur dengan akaun-akaun lain masih kekurangan RM100 ribu. Mereka menawarkan kawan kita ini join sekali dengan top up RM100 ribu dan bila mendapat bayaran tunai RM900 ribu esok harinya mereka akan bahagi-bahagikan keuntungan tersebut..
Yang menjadi mangsa, bagai dipukau kawan kita ni menurut sahaja skrip yang dilakonkan oleh mereka berempat ini tanpa ada kekuatan untuk bertanya, membantah, minta penjelasan, minta bukti dan sebagainya. Dari pemerhatian kawan kita ni yang masih di ingati, oarng tua yang ada dalam kumpulan ini sentiasa kelihatan menjampi serapah dan merenung mata mangsa. Akhir cerita kawan kita ini bagai diheret pergi ke bank keluarkan jumlah yang diperlukan dan menyerahkan kepada tuan tanah tersebut tanpa ragu-ragu dan tuan tanah tadi pun berlalu ghaib setelah mendapat wang yang dijanjikan itu. Dalam perjalanan pulang dari tempat perjumpaan, kawan kita ni sedar sikit demi sedikit dan mula bertanya aku buat apa tadi?, macam mana boleh serahkan duit yang begitu banyak, simpanan dari mula bekerja hingga sekarang kepada orang yang tidak dikenali?, lalu setelah sedar sepenuhnya beliau terus ke Balai Polis buat lporan dan Polis mengesahkan orang yang dijumpainya itu memang kaki SCAM, penipu, penyamun…

Mereka ini professional:
>Tahu dimana CCTV disetiap tempat perjumpaan, jadi susah polis mengecam bila dimainkan semula rakaman CCTV
> Skrip memang mantap, tiada ragu-ragu, sangat confiden
> Menjampi mentera mangsa semasa setiap pertemuan
> Mereka bergerak berkumpulan

29 October, 2009

Anda zalim sekiranya....

Kuliah umum Ustaz Datuk Ismail Kamus hari ini di SMT sangat manarik. Tajuknya mungkin biasa saja iaitu ialah zalim, dimana kita dianggap zalim sekiranya tidak meletakkan sesuatu ditempat sepatutnya. Sebanyak 10 ciri yang digariskan tetapi atas kesuntukan masa Ustaz hanya dapat mengupas 4 sahaja. Antara zalim yang mungkin kebanyakan kita terlepas pandang lalu melakukannya ialah tidak solat tahiyyat masjid bila memasuki masjid. Kebanyakan kita selepas berwuduk terus duduk tanpa melakukan solat tahiyyat masjid dahulu.
Kepada sahabat yang ingin mendengar kupasan lanjut dari Ustaz boleh dapatkan VCD dari AJK surau mulai esok 30 Oktober 2009 dengan harga istimewa RM5 untuk 1 VCD.

Ustaz juga berkongsi beberapa tip:
  • > Melembutkan anak yang degil
  • > Memagar rumah dari sihir dan pencuri
  • > Melembutkan hati isteri

21 October, 2009

Suasana Mesyuarat Agong SMT ke 3 - 20/10/2009





Penjual Tempe

KISAH PENJUAL TEMPE


Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe
yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa, "Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe . Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe , Amin"

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun keranakeyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe . Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah
mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe , tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh d i sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap
tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia
berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum
menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England , si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan.....

Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU , menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan.. oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar kebaikan boleh sama dikongsi. Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang kita buat

19 October, 2009

WHAT TO DO DURING & AFTER AN EARTHQUAKE

1.Do remain calm. If the building starts to shake tremendously, DROP to the floor. If possible, grab your hand phone and a bottle of drinking water. If you are in a wheelchair, stay in it, move to safe cover, lock your wheels, and protect your head with your arms.

2.Take COVER under a sturdy desk or table. If this is not possible, take cover against an interior wall and protect your head and neck with your arms. Do not take cover near windows, mirrors or other heavy objects. Avoid hanging objects, exterior walls and heavy items on wheels.

3.After taking cover, HOLD ON to the desk or table and be prepared to move with it during the shaking.

4.Minimize your movement.
DO NOT pull the fire alarm.
DO NOT run for exits or use elevators.
DO NOT light candles, matches or lighters. These may ignite an explosion if there is a gas leak.

5.If the tremor felt is mild, the building does not shake and/or there is no cracking sound, stay put for an announcement via the Public Address (PA) system.

6.However, if there is tremendous shaking and cracking noise, please EVACUATE once the building stops shaking. Kindly exit the building via the safest route. Do expect aftershocks and watch for possible dangers such as falling plaster, broken glass, etc. Be aware of fire or fire hazards which could impede your evacuation.

7.If the incident happens during office hours, please move to the designated assembly site away from building and any potential threats or dangers such as downed power lines. In the assembly area, all evacuees will be accounted for to assist responders. However, if the incident happens after office hours, kindly leave the said premises safely.

8.For cases of INJURED or TRAPPED and if immediate rescue is not possible, use a whistle or tap on a pipe, floor, or wall which may help responders to locate you. Cover your mouth and nose to protect your airway from dust or debris.

9.DO NOT RE-ENTER THE BUILDING FOR ANY REASON. OSHE and / or Jabatan Bomba will advise when it is safe to enter into the building.

Notis Mesyuarat Agong SMT 2009

SURAU MENARA TM
http://smt4you.blogspot.com
smt4you@gmail.com
7 OKTOBER 2009
NOTIS MESYUARAT AGONG,
SURAU MENARA TM KALI KE 3

KEPADA SELURUH PARA JEMAAH SMT, MESYUARAT AGONG KALI KE 3, SURAU MENARA TM

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agong bagi Surau Menara TM kali ke 3 akan diadakan seperti berikut;
Tarikh : 20 Oktober 2009 ( 01 Zulkaedah 1430 )
Hari : Selasa
Masa : 12.30 tengahari
Tempat : Dewan Solat, Surau Menara TM

Semua jemaah adalah dijemput hadir dan kehadiran tuan / puan amatlah dialu alukan.Jamuan akan disediakan.Sekian dan salam hormat.mysMohd Yusof bin SuparSetiausahaSurau Menara TM

12 October, 2009

Tugas sukarela di SMT

Saban hari dari Isnin hingga Jumaat, AJK SMT melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan untuk keselesaan para jamaah. Kepada mereka yang rasa seronok melakukan kerja-kerja sukarela, mereka telah menggunakan peluang keemasan sebagai AJK surau SMT ini, bertugas tanpa rasa penat lelah dan jemu. Ganjaran pahala yang banyak dengan tugas-tugas harian lebih-lebih lagi pada hari Jumaat, supaya ahli jamaah dapat melakukan ibadat dengan selesa dan sempurna. Tugas yang paling mencabar ialah hari Jumat dimana sejak jam 11.30 pagi lagi, AJK telah mula membentangkan tikar di dalam dewan MPH dan depan TASKA, memasang AV, testing dan seterusnya memastikan semuanya berfungsi dengan baik termasuk mengangkut tong-tong kutipan derma. Atas kesedaran jamaah yang melihat kesungguhan para AJK melaksanakan kerja-kerja tersebut, maka setiap kutipan Jumaat mencukupi dan boleh menampung aktiviti harian, bulanan dan tahunan SMT dan boleh dikatakan tidak memerlukan bantuan kewangan dari pihak lain.
SMT juga bertuah kerana mendapat kerjasama penuh dari unit-unit selengaraan TM dengan memberi bantuan teknikal dan tenaga membantu kelancaran persiapan setiap Jumaat. Memang sudah maklum dengan keadaan pejabat di TM segala urusan mesti diljalankan dan disiapkan dengan cepat kerana sehabis Jumaat AJK sukarela ini terpaksa bergegas ke pejabat untuk melaksanakan tugas-tugas rasmi. Dengan kehadiran bantuan ini urusan-urusan memasang dan menyimpan semula segala peralatan dapat dilakukan denag pantas dan AJK dapat pulang ke pejabat mengikut waktu kerja yang telah ditetapkan oleh TM.








08 October, 2009

AlFatihah

Assalamualaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera,
Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Tuan/Puan warga TM yang dihormati sekalian,

Dengan rasa sedihnya dimaklumkan bahawa anggota TM iaitu Pn. Robia’ah Binti Ahmad, berumur 49 tahun, Penyelia Pemasaran dari Credit Management Division, TM Annexe 2, telah kembali ke Rahmatullah pada hari ini Khamis @ 8 Oktober 2009 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) jam 7:00 pagi akibat Penyakit Kanser Payudara.

Jenazah Almarhumah akan dibawa pulang kerumahnya di alamat 53A, Jalan Gombak, Bt.11, Kuala Lumpur dan akan dikebumikan pada waktu dzohor nanti di Tanah Perkuburan Islam berhampiran UIA Gombak.

Pemergian arwah merupakan satu kehilangan besar kepada TM dan sukar dicari ganti. Marilah bersama-sama kita menghadiahkan pahala Bacaan Al Fatihah dan mendoakan agar rohnya akan bersemadi aman dan ditempatkan oleh Allah SWT bersama roh orang orang yang beriman, para syuhada dan solihin. Insya Allah, AL-FATIHAH.

Sekian, terima kasih.
Wassalam.



USTAZ ZULKIFLI BIN HJ. HASIM
Unit Hal Ehwal Islam
Employee Event & Benefit Service
Human Capital SSO

06 October, 2009

Waktu gempa sama dgn ayat & surah dlm Quran...masyaAllah

“Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur’an!” demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayat-ayat Allah Swt tersebut:
17.16 (QS.. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”
17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”
8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”
Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

sumber; eramuslim

Mangkuk, Madu dan Rambut

Rasulullah SAW, dengan sahabatnya Abu Bakar ra, Umar ra, Uthman ra dan Ali ra, bertamu ke rumah Ali ra. Di rumah Ali ra isterinya Sayyidatina Fatimah r.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan mereka madu yang diletakan didalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan, sehelai rambut terikut didalamnya. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta semua sahabatnya untuk membuat perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut).
Abu Bakar r.a. berkata,"Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih sulit dari menjaga / meniti sehelai rambut ini".

Umar r.a. berkata,"kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut ini".

Uthman r.a. berkata,"ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menuntut ilmu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki lebih sulit dari meniti sehelai rambut ini".

Ali r.a. berkata,"tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu ini, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang kerumahnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut ini".

Fatimah r.ha. berkata," seorang wanita itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, wanita yang beriman lebih manis dari madu ini, dan mendapatkan wanita yang tak pernah terlihat oleh orang lain kecuali olah murimnya sendiri lebih sulit dari meniti sehelai rambut ini.

Rasulullah SAW berkata,"seorang yang mendapat taufik untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut ini".

Malaikat Jibril AS berkata,"menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menyerahkan diri,harta dan waktu untuk urusan agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut ini".

Allah S.W.T berfirman,"Surga Ku lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat surga Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju surga Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut ini ".


kutipan : dari majalah cahaya nabawi

02 October, 2009

E-mail: Hati2 dengan sauce PREGO..

Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sauce tomato yang digunakan untuk memasak speghetti mestilah hati-hati. Semalam,setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak makan Mee speghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun
masakkanlah. Bila speghetti dah selesai dimasak, anak saya Kamal pun bertanya, umi daging kecil yang masin sedikit itu daging apa? Si abang Salim pun jawab rasanya macam keju balls......dikunyah rasa asin-asin. Anak saya Kamal makan sampai dua pinggan, sedap sangat spegetti Umm masak dan kebetulan pula memang favouritenya, saya cuma sepinggan kecil sekadar nak rasa. Setahu saya sauce speghetti biasanya tomato dan kadang-kala ada mushrooms tetapi yang ini lain sedikit..... saya pun bergegas ke dapur, pergi lihat botol sauce yang diberi nama Italian Sausage for Speghetti keluaran PREGGO made in USA . Ligat mata baca label pada botol, hati dah tak sedap, tekak rasa mual macam orang hamil. Tiba-tiba terlihat INGREDIENTS: tomato,bla-bla, bla-bla.. ... ... pork Minced meat! Astaghfirullaahalaz iim...... .. ....... saya masak speghetti dan saucenya mengandungi babi. Yang dah termakan babi semuanya terperanjat! Yang nak diet anak perempuan Maryam dan adik lelaki Muhammad terselamat kerana mereka makan nasi. Kuah sauce spegetti dengan kualinya sekali saya buang.. Yang tertelan spegetti babi terludah-ludah kesal tak sudah. Semoga Allah ampun dosa kerana alpa untuk membaca ingredients sebelum membeli. Saya kira sauce tomato manalah ada taruh daging babi........ .......... kata orang tua-tua mimpi makan daging babi nak dapat REZEKI tapi kalau makan bukan dala mimpi apa nak jadi? 40 hari doa tidak dikabulkan Allah andainya makan benda-benda haram.

ASTAGHFIRULLAAHALAZ IIM. Siapa-siapa ada air zam zam mintalah sedikit, saya nak bersihkan perut yang termakan babi...... tolonglah sampai sekarang rasa jijik dan mual. Taubat tak nak masak spegetti lagi.

30 September, 2009

Ahli jamaah SMT maintain hebat

Performan & prestasi ahli jamaah SMT tetap maintain & mantop walaupun Syawal sudah 11 hari berlalu. Dewan solat seolah-seolah semakin sempit setiap kali waktu solat zohor dan kuliah bermula. Ini menyebabkan ahli jamaah yang lewat terpaksa Q atau masuk shift ke dua. Setiap waktu solat Zohor ahli jamaah melimpah hingga ada yang terpaksa berdiri diluar sementara waktu. Mungkin sensitiviti pihak pengurusan perlu bagi menyegerakan pembesaran dewan Solat supaya semua ahli jamaah mendapat peluang mengikuti kuliah Zohor setiap hari pejabat dan bersolat jamaah dengan selesa.

Berminat MLM?, pilih yang menepati syarak

Asas minima Shariah berikut dapat dipatuhi :-
1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).
2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.
3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.
4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).
5. Tidak diwajibkan bagi si ahli menjual jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya.
6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.
7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.
8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

(Petikan artikel Us Zaharudin Abdul Rahman)

28 September, 2009

TM kehilangan anggota yang dedikasi

Dengan sedihnya dimaklumkan bahawa En. Abdul Jalani Bin Mohamad Razali, 38 tahun (Penyelia Teknik) ANO Taiping, Perak telah kembali ke Rahmatullah pada hari Jumaat jam 7:00 malam di Hospital Taiping akibat kemalangan semasa kerja (jatuh bumbung semasa membaiki doket di premis pelanggan), Allahyarham telah selamat dikebumikan pada hari Sabtu jam 10.00 pagi di di Tanah Perkuburan Islam Tekah, Asam Kumbang, Taiping, Perak.
Pemergian arwah merupakan satu kehilangan besar kepada TM yang sukar dicari ganti. Marilah bersama-sama kita menghadiahkan pahala Bacaan Al Fatihah dan mendoakan agar rohnya akan bersemadi aman dan ditempatkan oleh Allah SWT bersama roh orang orang yang beriman, para syuhada dan solihin. Insya Allah, AL-FATIHAH

Hindari laman web lucah

PENGERUSI Microsoft, Bill Gates pernah berkata: ``Dunia sekarang hanya berada di hujung jari anda.''Sememangnya kita ketahui fakta itu kerana dengan hanya duduk di hadapan komputer yang mempunyai akses Internet, satu klik mampu `membawa' kita ke seluruh dunia.Begitulah hebatnya dunia tanpa sempadan yang dihasilkan oleh teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).Walaupun teknologi sebenarnya di cipta untuk kebaikan, tetapi ia tidak terkecuali daripada dieksploitasi untuk membawa keburukan juga.Mendapatkan bahan-bahan terlarang seperti gambar dan video lucah dari Internet merupakan aktiviti yang berleluasa dilakukan oleh kebanyakan pengguna Internet di seluruh dunia.Ini kerana dalam `dunia tanpa sempadan' itu, ramai telah menggunakan kesempatan untuk mendapatkan bahan-bahan terlarang tersebut yang boleh diperolehi secara percuma.Bagaimanapun, sebenarnya mereka tidak menyedari perbuatan mereka itu boleh mengundang padah!Ini kerana anasir-anasir jahat di Internet telah menggunakan laman-laman web lucah sebagai tarikan pengguna sebelum menjadikan pengunjung sebagai mangsa.Ancaman virus dan variasi-variasinya kini sememangnya agak dahsyat kerana jika dahulu kita mengetahui virus hanya boleh disebarkan melalui disket atau CD, kini ia boleh disebar melalui e-mel dan terbaru hanya memerlukan anda mengunjungi laman web mereka.Mereka akan `menyerang' komputer pengguna dengan pelbagai jenis virus, trojan, adware (perisian iklan), spam atau spyware (perisian pengintip) yang langsung kita tidak sedari.Mangsa bukan sahaja boleh terjejas produktiviti kerana komputer menjadi lembap atau rosak tetapi juga boleh menyebabkan kerugian dari segi wang ringgit.Apabila ini berlaku, kadang kala ada pengguna terpaksa menanggung hutang beribu-ribu ringgit kerana bil telefon yang melambung.Maka ketika itu, masing-masing akan menudingkan jari menyalahkan syarikat telekomunikasi kerana mengenakan caj yang dikatakan `bukan-bukan' tersebut.Tetapi tahukah mereka bil telefon itu mencapai ribuan ringgit kerana disebabkan kesalahan, kealpaan atau `keghairahan' sendiri kerana mengakses laman web porno.Senario ini kecoh diperkatakan di negara kita baru-baru ini apabila ramai para pengguna Internet mengadu kepada media massa yang mendakwa mereka ditipu kerana bil Internet dan telefon mereka terlalu tinggi.Ceroboh``Mereka tidak menyedari yang apabila mengunjungi laman web porno, komputer mereka boleh diceroboh oleh virus yang melakukan sambungan Internet ke talian antarabangsa.,'' katanya seorang pakar keselamatan Internet.Sebenarnya apabila kita mengunjungi laman, memuat-turun gambar atau video dari laman web porno yang jahat, pengendali laman itu akan meletakkan sejenis virus atau trojan dalam komputer.Virus itu berfungsi dengan sengaja memutuskan talian telefon pengguna yang dihubungkan dari penyedia akses Internet tempatan dan kemudiannya menyambungkan kepada penyedia akses Internet tidak bertauliah di luar negara.Sudah tentu, bil telefon anda yang mengenakan caj tempatan sebelum ini akan dikenakan caj antarabangsa kerana ia telah dihubungkan ke talian luar negara.Apabila ini terjadi, pengguna tidak lagi dicaj dengan kadar 1 sen untuk akses Internet dan 1.5 sen untuk caj panggilan, kerana pengguna tidak lagi dihubungkan dengan perkhidmatan `dial-up' ke syarikat pembekal Internet tempatan seperti TMnet.Aktiviti ini dipanggil `Lambakan Internet' atau kadangkala dirujuk sebagai ` Pengumpil Modem'.Ketua Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Adelina Iskandar berkata, situasi ini kebiasaannya berlaku terhadap mereka yang melayari laman-laman web dewasa dan hiburan.Memantau``Sehubungan itu, pengguna Internet perlu lebih berhati-hati apabila melayari laman-laman web ini kerana ia akan mengakibatkan bayaran panggilan antarabangsa (IDD) yang tinggi,'' katanya. Selain itu, bagi ibu bapa pula, mereka perlu memantau dan melibatkan diri secara langsung dengan aktiviti-aktiviti Internet anak-anak kerana mereka boleh terdedah kepada bahan-bahan yang tidak sesuai.Bagi syarikat pembekal perkhidmatan Internet tempatan seperti TM Net Sdn. Bhd. dan syarikat telekomunikasi, Telekom Malaysia Bhd. (TM), kedua-dua syarikat itu telah mengambil pelbagai langkah untuk mengurangkan masalah tersebut.Antaranya ialah memberi penerangan melalui sisipan di dalam bil telefon dan Internet kepada 4.5 juta pelanggan, menempah iklan di akhbar, menghantar e-mel kepada pelanggan dan mengadakan taklimat media.Selain itu, TM juga telah menyekat semua panggilan IDD ke Papua New Guinea berikutan kebanyakan laman-laman web porno yang melakukan `Lambakan Internet' dipancarkan dari negara itu.Selain daripada meletakkan perisian `mendail sendiri' yang menyebabkan bil pengguna menjadi tinggi, pelbagai jenis virus juga telah menjadikan komputer anda sebagai `rumah mereka.'Virus-virus atau trojan yang telah memasuki komputer selepas anda mengunjungi laman web lucah itu juga sukar dihapuskan termasuk oleh perisian anti-virus.Kecanggihan teknologi yang digunakan oleh pembuat-pembuat virus itu membolehkan ia melakukan pelbagai aktiviti di dalam komputer tanpa pengguna menyedarinya langsung.PerisianAntaranya ialah mereka boleh melembapkan komputer dan akses serta menghantar lebih banyak virus atau spam (e-mel secara banyak) kepada kenalan-kenalan kita melalui alamat e-mel yang terdapat di dalam kompute.Dari segi kewangan pula, perisian jahat itu boleh mencuri rahsia dalam komputer seperti nombor kad kredit dan kata laluan urusan perbankan di Internet. Bagi virus jenis perisian iklan atau adware, mereka akan menjadikan laman web lucah sebagai default page dalam perisian Internet Explorer kita.Setiap kali kita membuka perisian Internet Explorer, laman web lucah itu akan terbuka terlebih dahulu yang boleh memalukan jika anda membuka Internet di hadapan anak-anak atau ketua di pejabat.Laman web porno ini pula kebanyakannya tidak boleh ditutup kerana kecanggihan teknologinya.Sehubungan itu, anda perlu memastikan yang komputer anda telah melaksanakan pelbagai keperluan keselamatan komputer jika hendak menghindarinya.Memasang perisian anti-virus, memasang perisian firewall, memasang perisian penapisan kandungan untuk kanak-kanak seperti NetNanny dan sebagainya merupakan keperluan masa kini.Bagaimanapun, penapisan terbaik dari ancaman gejala-gejala tersebut perlu datangnya daripada pengguna sendiri. Jika jari kita tidak `gatal' untuk klik kepada laman-laman web lucah itu, sudah tentu kita tidak akan menerima padahnya.

Selamat kembali bertugas

Setelah berpeluang seminggu berhari raya di kampong halaman, sekarang masa untuk memberi tumpuan kepada kerja pula. Yang tentunya nanti ada pejabat terbuka atau rumah terbuka setiap division atau unit, namun demi kemajuan syarikat, kerja mesti terus dilaksanakan demi tanggungjawab bersama. Akhir tahun semakin hampir dan tentunya KPI kena capai. Puasa 6 macam mana - eloklah buat sebab ganjarannya macam puasa sepanjang setahun. Tahun depan belum tentu lagi kita dapat bertemu dengan Ramadhan 1431, apatah lagi nak buat puasa 6.

SELAMAT BERTUGAS KEMBALI

18 September, 2009

Gunakan iTalk untuk menjimatkan kos panggilan


Musim perayaan ini tentu memerlukan kos yang banyak untuk membuat panggilan. cara terbaik ialah menggunakan iTalk yang cajnya berkadar rata kemana saja dalam Malaysia. Untung tu...lagipun sekarang promosi untuk kakitangan TM 20% diskaun.

17 September, 2009

Salam disambut maaf dipohon

AJK dan pegawai SMT mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT IDULFITR kepada semua Muslimin dan Muslimat. Maaf Zahir Batin dari kami semua.
Kepada mereka yang membuat perjalanan jauh - servis kenderaan, berhati hati di perjalanan semoga semuanya selamat pergi dan pulang semula, agar dapat kita terus menabur budi & bakti kepada TM yang dicintai.

Jaga keselamatan musim perayaan

Warga TM sekalian,

Mulai 19 hingga 27 September 2009, ramai yang akan bercuti panjang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pejabat tempat kita bekerja akan ditinggalkan sunyi buat seketika.

Dalam suasana riang gembira pada hari-hari perayaan sebegini, janganlah kita lupa akan keselamatan pejabat/tempat kerja yang kita tinggalkan itu. Kita semestinya melaksanakan sesuatu untuk memastikan pejabat/tempat kerja kita juga sentiasa terjamin keselamatannya dan kita mesti mengambil langkah-langkah keselamatan pencegahan awal yang perlu.

Berikut adalah langkah-langkah keselamatan berpatutan yang perlu diberi perhatian dan diambil tindakan oleh setiap anggota untuk memastikan keselamatan pejabat/tempat kerja dan sebagainya tidak terdedah kepada ancaman kecurian/kebakaran atau risiko-risiko lain.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN YANG PERLU DIAMBIL SEBELUM MENINGGALKAN PEJABAT/TEMPAT KERJA UNTUK BALIK BERCUTI PANJANG:

1. Pastikan semua pintu/tingkap/kabinet pejabat ditutup dan dikunci.
2. Pastikan tidak menyimpan di dalam pejabat barang-barang atau bahan-bahan yang mudah terbakar seperti mancis api, minyak petrol, kertas-kertas usang atau apa-apa jua yang boleh menyebabkan berlakunya kebakaran.

3. Mematikan punca elektrik yang disambungkan kepada komputer, printer, scanner, LCD, pengecas bateri telefon bimbit, telefon biasa, cerek elektrik, radio/mini kompo, TV, perakam video dan sebagainya.

1. Mematikan punca elektrik bagi alat hawa dingin yang tidak diperlukan.

2. Jangan tinggalkan barang-barang berharga peribadi di pejabat/tempat kerja seperti wang tunai, barang kemas, telefon bimbit, komputer peribadi dan lain-lain.

3. Pastikan pili/paip air ditutup ketat/kemas agar tidak berlaku kebocoran yang boleh menyebabkan banjir di pejabat dan merosakkan peralatan.

4. Pastikan laluan-laluan kecemasan dan pintu kecemasan di pejabat tidak terhalang.

5. Pastikan kenderaan syarikat tidak diletakkan di tempat yang dilarang/menghalang laluan kecemasan.

6. Pastikan kenderaan syarikat diletakkan di dalam kawasan TM. Semua pintu, tingkap, tangga pada kenderaan dikunci. Kenderaan- kenderaan persendirian tidak dibenarkan diletak di dalam premis TM semasa pulang bercuti.

7. Pastikan barang/peralatan berharga tidak disimpan di dalam kenderaan. Sila keluarkan dan simpan di dalam setor yang selamat.

8. Pastikan barangan berharga seperti laptop, “pettycash” dan sebagainya disimpan di dalam kabinet/peti besi/bilik kebal yang berkunci.

9. “Penyelia Pejabat” hendaklah memaklumkan perkara ini kepada semua anggota di bawah seliaannya supaya mengambil langkah-langkah keselamatan awal ini untuk mencegah daripada berlakunya bencana yang tidak diingini yang akan merugikan harta benda syarikat dan anggota sendiri.

10. “Penyelia Pejabat” dan “Penghulu Bangunan” hendaklah mempunyai senarai anggota premis/bangunan masing-masing alamat rumah/nombor telefon untuk tujuan perhubungan apabila diperlukan. (Jika boleh) satu salinan diberikan kepada Unit Keselamatan Negeri/Menara TM

11. Jawatankuasa Premis/Bangunan (OSH Committee) berperanan dalam memastikan keselamatan di tempat kerja masing-masing.

12. Penyimpanan komputer peribadi di dalam kenderaan adalah dilarang sama sekali. Ini kerana pencuri dapat mengesan adanya komputer walalupun di dalam bonet kereta melalui alat pengesan bateri.

Pusat Kawalan Operasi, Pengurusan Keselamatan TM akan memantau tahap keselamatan 24 jam termasuk pada Hari Raya Aidilfitri bagi memastikan semua premis/bangunan TM seluruh negara berada di dalam keadaan yang selamat.

Bagi pihak Keselamatan TM
Komunikasi Korporat Kumpulan
Telekom Malaysia Berhad

Bush akhiri kerjaya dengan hina

Bekas pemimpin polis dunia GW Bush menamatkan khidmat sebagai presiden US dengan dengan dilontar kalimat paling hina dan lontaran kasut kemuka beliau. Wartawan Iraq yang berbuat demikian, Muntazer al-Zaidi walaupun dipenjarakan kerana membaling kasut ke arah bekas Presiden dan menghamburkan maki hamun terhadapnya namun bagi pencinta keadilan Muntazeer disanjung sebagi hero lebih-lebih lagi bagi rakyat Iraq. Muntazeer pada mulanya dijadualkan dibebaskan sehari sebelumnya tetapi ditangguhkan sehari kerana beberapa prosedur undang-undang belum diselesaikan. Pembebasannya itu disambut oleh beberapa ahli Parlimen Iraq yang menyokongnya di luar penjara di Baghdad. Kata Muntazeer "Hari ini saya bebas lagi, tetapi negara saya masih lagi sebuah penjara". Televisyen Al-Baghdadia menunjukkan Muntazer tampil dengan memakai kaca mata hitam dan tubuh dibalut bendera Iraq. Kakitangan Al-Baghdadia juga menyembelih sekurang-kurangnya tiga biri-biri sebagai meraikan kepulangan wartawan berani itu. Muntazer dihukum penjara tiga tahun kerana menyerang ketua negara asing tetapi dikurangkan kepada setahun selepas mahkamah menerima rayuannya. Dalam insiden 14 Disember tahun lalu, Muntazer mengutuk Bush dengan berkata, 'ini ucapan selamat tinggal untuk kau, anjing' sambil membaling kasutnya ke arah bekas Presiden AS itu.

16 September, 2009

Lelaki berkopiah samun lima pesakit sebuah klinik

KUANTAN: Umpama sudah jatuh ditimpa tangga lima pesakit yang sedang menunggu giliran untuk mendapat rawatan di sebuah klinik swasta di Jalan Beserah, di sini, disamun enam lelaki yang bersenjatakan sebilah parang.
Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 2 petang semalam ketika mereka sedang menunggu untuk bertemu doktor, apabila seorang lelaki berkopiah memasuki premis klinik itu berpurapura hendak membeli ubat di kaunter klinik berkenaan.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Pahang Supt Nordin Mustapha berkata klinik itu kemudiannya dimasuki tiga lagi lelaki, manakala dua lagi lelaki dilihat berkawal di pintu masuk klinik berkenaan.
"Mereka kemudiannya menyamun barang kemas dan telefon bimbit para pelanggan (pesakit) klinik berkenaan, salah seorang daripada mereka bersenjatakan parang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata pihak klinik kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian itu, bagaimanapun menurutnya semua pesakit yang disamun dalam kejadian itu masih belum berbuat demikian.
"Kami harap semua mangsa kejadian itu datang buat laporan supaya polis dapat buat siasatan lebih terperinci. Menurut laporan awal, kerugian dianggar RM4,000. Semua suspek berumur antara 20 dan 30an itu sedang diburu polis," katanya. BERNAMA

14 September, 2009

Berhati-hari memandu musim perayaan

Sepuluh kawasan di jalan persekutuan yang dikenal pasti berisiko tinggi mengakibatkan kemalangan kini dalam proses dinaik taraf dan penambahbaikan untuk membendung kemalangan jalan raya, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor."Setakat ini proses menaik taraf dan penambaikan di jalan itu siap 40 peratus dan ia dijangka siap sepenuhnya pada akhir November ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen keselamatan jalan raya peringkat Kementerian Kerja Raya 2009 di kawasan Rehat dan Rawat Dengkil arah utara di sini, pada Isnin.Antara jalan persekutuan yang dikenal pasti sebagai kawasan risiko kemalangan ialah di Jalan Serting Tengah di Negeri Sembilan, Jalan Damar Laut-Pantai Remis di Perak, Jalan Alor Setar-Kangar, Jalan Butterworth-Alor Setar, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Jalan Kuantan-Segamat, Jalan Batu Pahat-Kluang, Jalan Klang-Teluk Intan, Jalan Muar-Melaka dan Jalan Gua Musang-Kuala Krai.Shaziman berkata proses penambahbaikan di jalan-jalan itu tidak melibatkan perbelanjaan yang besar."Kadang-kadang mungkin hanya perlu buat perubahan geometri jalan itu atau tambah lampu isyarat dan ia tidak melibatkan belanja besar," katanya.Sementara itu Shaziman berkata beliau sudah mengeluarkan arahan kepada syarikat konsesi lebuhraya di seluruh negara supaya menghentikan buat sementara waktu semua kerja-kerja menaik taraf dan membaik pulih jalan untuk tempoh 10 hari mulai 17 Sept ini bagi kelancaran pengguna yang menggunakan lebuh raya untuk pulang berhari raya di kampung."Kami juga meminta mereka pastikan semua lorong di plaza tol dibuka dan lorong tambahan juga diarah supaya dibuka jika perlu bagi mengurangkan kesesakan di kawasan tersebut," katanya.Sementara itu, katanya dalam membendung kemalangan maut dalam negara Kementerian Kerja Raya melancarkan inisiatif kempen keselamatan jalan raya berkonsepkan nilai murni iaitu C.A.R.E. (C untuk cermat, A untuk adab sopan, R untuk berfikiran rasional dan E untuk etika)."Kempen ini bertujuan menerapkan nilai murni sebagai gaya pemanduan hidup mereka. Kempen ini bukan sekadar kempen hangat-hangat tahi ayam kerana untuk menanam budaya C.A.R.E dalam diri, ia melibatkan usaha yang bertersuan," katanya.

11 September, 2009

Kisah dan tauladan (Kisah benar)

Kisah-1
Ketika belajar di UKM, Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin Dan Dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak Saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid. Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar Kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang Keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat Keberkatan Allah.
1.. Salleh bekerja makan gaji Dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi Suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada Ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 Sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur Dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan Sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan Bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang Dari RM10 sebulan..
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di Nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar. Sejak berkawan dengannya, ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan.
Dia yang patut di contohi;
1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang Kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba . Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam.. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya ...
6. Suka menolong orang Dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik Dan jarang kena sebarang Penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah Rosak atau menyusahkan nya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah Dan cepat.

Kisah-2
Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan Nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada Hari Ahad itu saya sampai Di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur . Rashid Berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru. Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan Abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang Abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk Temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid Sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta Gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini. Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan Hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya Tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi.. Ini Ada kaitan dengan Tiada keberkatan hidup. Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah Ialah seperti berikut;
1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba . Pinjaman Kereta, Kad Kredit, Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)
2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.
3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta Baru (Masalah kena curi Dan kemalangan jalan raya)
4. Sering bertengkar dengan isteri.
5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
7. Suka menengking jika Ada orang mintak derma.
8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah Mata sahaja. Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling Kita. Kadang kala Kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung Untuk mencari keberkatan hidup.

Senarai Petugas 24Ramadhan hingga 28Ramadhan

24RAMADHAN(14-Sep) ISNIN
(AJK)
MOHAMAD PAKRI MAT DERIS
SHUHAIMY OTHMAN
ROSMAH
(Pegawai)
US. ZULKIFLI HASIM - Imam
HJ. JAILANI HASHIM - Bilal

25 RAMADHAN (15-Sep) SELASA
(AJK)
RADZUAN MOHAMAD
ISMAIL YAHAYA
AIDA NUR
(Pegawai)
HJ. ZAINAL MOKHTAR MAT LAZIM - Imam
EN. RUSHDI - Bilal

26 RAMADHAN (16-Sep) RABU
(AJK)
MOHD KAMAL ABDUL JABAR
MD MARZUKY RAMLI
ZAINON
(Pegawai)
US. ZULKIFLI HASIM - Imam
HJ. JAILANI HASHIM - Bilal

27 RAMADHAN 17-Sep-09 KHAMIS
(AJK)
MOHAMAD PAKRI MAT DERIS
SHUHAIMY OTHMAN
ROSMAH
(Pegawai)
HJ. ZAINAL MOKHTAR MAT LAZIM - Imam
EN. RUSHDI - Bilal

28 RAMADHAN (18-Sep) JUMAAT
(AJK)
MOHD YUSOF SUPAR
MOHD RAZMI JUSOH
AIDA NUR
(Pegawai)
US. ZULKIFLI HASIM - Imam
HJ. JAILANI HASHIM - Bilal

10 September, 2009

Elakkan kemalangan musim perayaan




Nak ingatkan diri sendiri, ahli jmaah SMT khusunya anggota TM amnya supaya berhati-hati dalam perjalanan pulang ke kampong dan kembali ke KL semula selepasnya. Biasanya musim perayaan seperti ini semangat balik kampong sangat hebat, dan melupakan aspek keselamatan bagi perjalanan jauh dan mencabar. Tentunya akan berlaku kesesakan jalanraya, maka bersabarlah, sesungguhnnya Allah bersama orang yang sabar. Tragedi demi tragedi yang berlaku sebelum ini seharusnya menjadi iktibar kepada semua. InsyAllah semuanya akan pergoi dan balik dengan selamat, AMIN.

09 September, 2009

Bantu SMT atasi penjenayah




Walaupun di surau adalah rumah Allah, para pencuri wang tabung ini tidak pernah peduli. Wang sumbangan jamaah ialah wang amanah yang tidak boleh dibuat mainan. Pernahkah pencuri ini terfikir perkara ini?. SMT amat mengharap jamaah membantu pihak SMT membasmi penyakit hati yang kronik melanda masyarakat kita hingga terbawa ke surau, tempat yang dimuliakan Allah. Sambil-sambil datang solat sambil memantau kerja-kerja jenayah pencuri ini supaya wang sumbangan ahli jamaah yang masih di dalam tabung dan belum dikutip oleh AJK, selamat.

12 beradik hilang tempat bergantung

" Kalau ayah meninggal, ayah harap sangat doa dari anak-anak yang soleh mendoakan ayah..." ucap Abdul Karim Abd Aziz , 51 kepada anak keempatnya , Imanina Abdul Karim , 19 , sehari sebelum beliau terkorban dalam satu kemalangan ngeri di Lebuh Raya Persekutuan , berhampiran Pusat Perubatan Universiti Malaya pagi Ahad lalu 30 August 2009.

Imtinan yang ditemui dirumahnya di No 40 Jalan KM3 , Darul Hidayah , 43100 Hulu Langat , Selangor berkata , mereka sekeluarga tidak menyangka pesanan ayahnya itu menjadi kenyataan .

Dalam tragedi tersebut , Abdul Karim memandu kereta perodua kancil maut apabila kenderaannya dirempuh sebuah treler dari arah bertentangan. Abdul Karim yang bekerja sendiri , meninggal dunia ditempat kejadian akibat parah di kepala dan badan manakala isterinya , Maimon Said , 52 dan anak lelakinya , Mohd Ihsan yang berada dalam kereta itu turut parah. Maimon dan Mohd Ihsan dirawat di PPUM dan mereka berdua yang koma semasa kemalangan tersedar pagi selasa lalu .

Abdul Karim meninggalkan dua belas anak yang berusia antara 9 hingga 24 tahun , Sementara itu Imtinan yang terpaksa mengambil alih tugas untuk menjaga adaik-adiknya berkata , beliau reda dengan nasib yang menimpa mereka sekeluarga. Beliau yang berkerja sebagai guru di sebuah sekolah agama rakyat , dekat sini berkata biarpun gajinya lebih kurang RM1000 beliau akan cuba sedaya upaya menjaga adik-adiknya. Memanglah selama ini kami adik-beradik bergantung penuh kepada ayah, baik duit belanja ataupun menghantar adik-beradik kesekolah dan sebaginya. Lagipun nasib umi (ibunya) tidak tahu lagi sebab dia pun serius juga, ujarnya dengan nada sedih. Malah katanya beliau tidak mahu adik-adiknya tercicir dalam pelajaran walaupun terpaksa menyara enam lagi adik-adiknya yang masih bersekolah. Katanya , selagi termampu beliau akan menjaga adik-adiknya biarpun masih kabur untuk mencari wang secukupnya.

Disaat ini juga katanya , beliau belum terfikir untuk membuat persiapan menyambut kedatangan Adilfitri tidak lama lagi. Beliau berkata, ini termasuklah baju raya adik-adiknya belum dibeli lagi . "tidak tahulah sama mampu beli ataupun tidak kerana sebelum ini ayah yang belikan dan biasanya ayah beli pada akhir Ramadhan,"ujarnya sambil merenung adik-adiknya. bahkan ujarnya , mungkin mereka adik-beradik tidak dapat balik kampung di Lenggung Perak pada hari raya ini. "macam mana nak balik kereta kancil ayah remuk sama sekali dan kami pun ramai. Mereka terdiri daripada , Imtinan ,24 , Ibtihal 23, Inshyirah , 21, Izyani , 18 , Ilhamina , 17 , Ibtisam , 17 , Ibtihaj , 16 , Ismahani , 15 , Mohd Ikram 14 , dan Imtiyaz , 9 tahun. Sementara seorang lagi adiknya , Imanina, 19 berada di PPUM menjaga ibu dan adiknya, Mohd Ihsan 11 tahun yang terlibat dalam kemalangan tersebut,

Setiap kali kakak mereka bercerita mengenai ayahnya masing-masing bergenangan air mata. paling tersentuh apabila melihat Mohd Ikram yang diapit kakak dan adik-adiknya tidak dapat mengeluarkan sepatah kata pun apabila ditanya mengenai cita-citanya. Beliau terus menundukkan kepala beberapa ketika bagi menahan sebaknya . Pelajar Maahad Tahfiz , Batu 16 , Ulu Langat ini hanya mampu memandang keluarganya dengan penuh sayu sambil menyapu air matanya. Ketika ini juga adik-adiknya yang lain termasuk neneknya berlinangan air mata melihat kesedihan dan keshahduan Ikram.

Dalam pada itu, Inshyirah yang mengambil upah menjahit baju , berkata beliau akan mencari pekerjaan lain untuk membantu adik-adiknya . Beliau yang menetap bersama neneknya di Perak berkata , tidak akan membiarkan adik-adiknya susah, yang penting persekolahan mereka dan ayah pun sebelum ini bersengkang mata untuk menyara kami,"katanya.

Sementara itu sesiapa yang ingin menyumbang kepada keluarga anak yatim tersebut bolehlah menghulur bantuan menerusi akaun bank INSHYIRAH ABDUL KARIM : 158136726121 MAYBANK

Tolong panjangkan email ini kepada sahabat anda yang lain . terima kasih.

TAZKIRAH RAMADHAN :

Anak yatim adalah merupakan golongan manusia dan generasi yang amat memerlukan perhatian dan belaian kasih sayang dan perhatian daripada semua lapisan masyarakat, khususnya mereka diberikan oleh Allah kemewahan dan kelapangan masa bagi tujuan mendidik dan mengasuh. Oleh kerana anak-anak yatim ini tidak mendapat kasih sayang dan kemudahan yang secukupnya kerana kehilangan ibu atau bapa atau keduanya sebelum mencapai umur baligh.
Islam meletakkan kedudukan yang amat tinggi kepada anak yatim. Oleh itu masyarakat bertanggungjawab memberi perhatian yang sewajarnya dengan memberi belaian kasih sayang sepenuhnya kepada mereka. Mereka adalah anggota masyarakat yang kurang bernasib baik yang telah ditentukan oleh Allah (Qada’ Qadar). Dengan ini Allah meletakkan darjat dan pahala yang tinggi bagi insan yang mahukan perubahan dan sanggup meluangkan masa, tenaga dan perhatian yang penuh ikhlas terhadap kebajikan mereka sebagaimana dijelaskan oleh Rasullullah dalam Hadis :

Rasullullah dalam Hadis : خَيْرُ بَيْتٍ فِي الْمُسْلِمِيْنَ بَيْتٌ فِيْهِ يَتِيْمٌ يُحْسَنُ اِلَيْهِ وَشَرُّ بَيْتٍ فِي الْمُسْلِمِيْنَ بَيْتٌ فِيْهِ يَتِيْمٌ يُسَاءُ اِلَيْهِ
Ertinya :
Sebaik-baik rumah ialah rumah orang Islam yang ada di dalamnya anak-anak yatim diasuh dengan baik dan sebaliknya seburuk-buruk rumah adalah rumah orang-orang Islam yang ada anak yatim tetapi tetapi tidak dijaga dengan baik