28 January, 2010

Memang Tradisi Mereka

Oleh Idris Musa
idris@hmetro.com.my
2010/01/28
KUALA LUMPUR: “Memang menjadi tradisi dalam masyarakat bukan Islam, tidak memberikan restu, malah marah terhadap ahli keluarga yang memeluk Islam,” kata Pegawai Dakwah dan Kebajikan Hal Ehwal Sosial Pertubuhan Kebajian Islam Malaysia (Perkim), Amran Abdullah.

Menurutnya, mereka juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan di luar batasan undang-undang, termasuk mencedera dan membunuh ahli keluarga yang menukar agama diwarisi turun-temurun. “Sesiapa pun berisiko tinggi kalau menukar agama kerana golongan ini kalau boleh mati pun dengan agama asal keluarga. “Mereka juga sama seperti kita, akan marah apabila ahli keluarga menukar agama lain dan sesetengah kaum memang keterlaluan kemarahannya, sehingga menjadi suatu ancaman kepada mualaf yang baru berjinak dengan Islam,” katanya, diminta mengulas laporan muka depan Harian Metro, semalam. Mualaf berusia 48 tahun bersama isteri dan lima anaknya itu kini tinggal di dalam sebuah lori di Kuala Terengganu, umpama pelarian kerana terpaksa menyembunyikan diri dan identiti, semata-mata bagi memastikan keselamatan terjamin.

Semua itu hanya kerana mereka sekeluarga memeluk Islam tanpa restu sanak-saudara kira-kira tiga tahun lalu di Rawang, Selangor. Berikutan itu, dia sekeluarga terpaksa melarikan diri ke negeri lain untuk bersembunyi daripada ahli keluarga dan kenalannya yang kurang senang dengan keputusannya memeluk Islam. Amran berkata, ancaman keselamatan di kalangan saudara baru sudah lama menjadi kemelut yang tidak berkesudahan, sehingga ada mereka yang memeluk Islam secara diam kerana khuatir nyawa terancam dan kehidupan tidak tenteram. Menurutnya, dia sendiri pernah mengalami situasi seperti itu kerana memeluk Islam pada usia remaja, namun tentangan dan kemarahan keluarga diharungi dengan tabah. “Kes berbaur ancaman, ugutan, sehingga cuba mencederakan dan membunuh mualaf memang berlaku,” katanya.

22 January, 2010

Halal Diragui

Halal diragui
Oleh Hayati Ibrahim dan Aniza Zainudin
am@hmetro.com.my
2010/01/15

PUTRAJAYA: Selain memaparkan gambar ayat suci al-Quran, kalimah Allah dan Nabi Muhammad s.a.w., segelintir pemilik restoran tidak halal di negara ini dikesan turut menggaji wanita bertudung sebagai pelayan atau pekerja bagi meyakinkan pelanggan Islam bahawa makanan di premis mereka halal.



MENGELIRUKAN...restoran bukan Islam yang menggantung kalimah Allah dan Muhammad. Perkara itu hanya akan terbongkar selepas serbuan dilakukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan bahagian penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPNDKK).


Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Saimah Mukhtar, berkata pihaknya banyak menerima aduan daripada pengguna yang keliru dengan tindakan segelintir pemilik restoran menggunakan pelayan wanita bertudung sebagai pekerja sedangkan restoran itu diragui status halalnya.


“Kami mengesan banyak kes seumpama ini selepas membuat pemantauan, siasatan dan pemeriksaan premis. Biasanya pekerja yang digaji adalah wanita warga Indonesia yang tidak diketahui sama ada mereka Islam atau tidak.


“Biasanya pemilik pandai berdolak-dalik dan memberi pelbagai alasan bagi mengelak mereka ditahan termasuk mengatakan ‘saya tak kata restoran saya halal’,” katanya ketika dihubungi, di sini.


Saimah berkata, tindakan boleh diambil ke atas pemilik restoran terbabit kerana melakukan perbuatan yang boleh mengelirukan pengguna dan difahami sebagai halal dan mereka boleh dikenakan hukuman penjara atau denda.


“Kes ini sama seperti restoran mamak dimiliki orang bukan Islam yang menggantung pelbagai ayat al-Quran dan kalimah Allah serta Nabi Muhammad dengan tujuan mengelirukan pengguna Islam.


“Tindakan mereka menyebabkan umat Islam terpedaya dan makan di restoran itu tanpa mengetahui mereka sebenarnya menghidangkan makanan tidak halal,” katanya.


Namun, katanya, tindakan tidak boleh diambil terhadap pekerja yang digaji, tetapi hanya terhadap pemilik atau pengusaha restoran saja.


Pada masa sama, beliau turut menasihatkan pengguna supaya tidak mudah terpedaya dengan strategi dan taktik segelintir pemilik restoran yang ingin meraih keuntungan cepat, sebaliknya diminta menyelidik terlebih dulu status halal restoran itu.


“Kami ada menyenaraikan nama restoran atau syarikat yang mendapat pengesahan sijil halal daripada Jakim di laman web kami. Semak nama restoran yang ingin dikunjungi sebelum pergi, jangan sesuka hati redah saja tanpa mengetahui status halalnya.


“Jika ragu-ragu jangan masuk ke kedai itu walaupun terdapat pelanggan atau pekerja bertudung di dalam premis terbabit. Kami tidak boleh mengukur status halal sesebuah kedai itu hanya dengan melihat mereka yang bertudung, kalau begitu keadaannya terlalu tipis kepercayaan kita sebagai seorang Muslim,” katanya.


Sementara itu, tinjauan mendapati orang ramai mahu pihak berkuasa bertindak lebih tegas terhadap segelintir pengusaha restoran bukan Islam yang menggantung ayat suci al-Quran, kalimah Allah dan Nabi Muhammad serta logo halal selain menggaji pekerja wanita bertudung bagi menarik pelanggan Islam menjamu selera di restoran mereka.

Noraini Deris, 52, berkata tindakan pengusaha terbabit mengakibatkan pelanggan tertipu dengan taktik terbabit kerana selalunya orang ramai beranggapan restoran itu halal apabila ternampak logo halal, ayat suci al-Quran serta terdapat pekerja wanita bertudung di restoran terbabit.


“Sebelum memasuki mana-mana restoran, saya akan memastikan terdapat logo dan sijil halal dipamerkan di premis terbabit bagi memastikannya diiktiraf jabatan agama,” katanya.


Pekerja swasta, Norehan Kamarudin, 24, berpendapat pengusaha restoran tidak seharusnya mengeksploitasi logo halal dan pekerja wanita bertudung untuk menarik ramai pelanggan.


“Langkah terbaik untuk mengelak daripada tertipu, pelanggan perlu peka dengan persekitaran restoran seperti pelanggan yang datang, logo halal dan sijil diperakui jabatan agama,” katanya.


Pelajar kolej, Muhamad Farhan Hashim, 22, mencadangkan kerajaan mengambil langkah pencegahan segera bagi mengelakkan pelanggan terus tertipu.


Kakitangan kerajaan, Mohd Ezuan Jumanir, 24, berkata pihak berkuasa harus membuat pemantauan berkala bagi restoran diusahakan orang bukan Islam yang menyalah guna logo dan sijil halal.

12 January, 2010

Assalamualaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera


YBhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan Warga TM yang dihormati sekalian,

Sempena kita masih berada di bulan Hijrah Nabi SAW, Unit Hal Ehwal Islam, HC SSO dengan kerjasama Surau Menara TM akan mengadakan Ceramah Agama Khas Maal Hijrah tahun 1431H/2010 seperti maklumat berikut :-

Tarikh : 12 Januari 2010 (hari ini)

Tempat : Surau Menara

Masa : 1:00 tengahari hingga 2:00 petang

Penceramah : YBhg. Sahibus Samahah Okhna Haji Kamaruddin Yusof
Mufti Kerajaan Kemboja.

Tajuk : Maal Hijrah.


Untuk itu, YBhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan Warga TM yang berkesempatan masa adalah dijemput hadir.

Sekian, terima kasih.
Wassalam.

08 January, 2010

Apa Dah Jadi- Apakah Ada Penyelesaianya?

Beberapa hari yang lepas, rakyat negara ini dikejutkan dengan berita pembunuhan ngeri dan kejam empat sekeluarga di Gemecheh Negri Sembilan. Ini bukan kes yang pertama, tapi entah kes yang ke berapa? Tapi dah banyak kali berlaku. Sebelum ni di Kedah, seorang atuk yang berusia lebih kurang 80 tahun telah menikam dan membunuh isterinya sendiri, yang jugak sudah berumur . Mangsa pembunuhan di Gemencheh itu dikatakan dibunuh oleh keluarga terdekat, anak mangsa sendiri. Ibunya menyatakan anaknya seorang yang baik, pendiam dan tidak menimbulkan masalah kepada keluarga...Apakah sebab dan musababnya?

Komen dan pandangan para pengunjung blog ini amatlah dialu-alukan untuk sama-sama kita memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik.

07 January, 2010

Makluman Terkini

Insyaallah, Surau Menara TM dengan berbesar hati menaja Jamuan tengahari untuk para jemaah jumaat selepas Solat Jumaat esok. Sejumlah 1600 bungkus makanan akan diedarkan selepas Solat Jumaat. Pihak Surau MTM menzahirkan rasa syukur kepada Allah S.W.T dan ingin merakamkan ribuan terima kasih diatas sokongan Para Jemaah dalam semua aktiviti yang dijalankan di Surau MTM.
Alhamdulillah,kalau diperhatikan kuliah zohor semakin mendapat sambutan yang amat mengalakkan sehinggakan ruang solat penuh sesak dengan jemaah. Ini juga menunjukkan bahawa para jemaah memang cintakan majlis ilmu.
Selepas Solat Jumaat esok juga, solat sunat hajat akan dilakukan untuk memenuhi hajat, diantaranya:-
1) Core Network
2) En Hamidi, yang sekarang ini berada di Wad ICU Hospital Pakar Ampang Puteri.

Didoakan mudah-mudahan Allah S.W.T akan memudahkan urusan beliau dan diberikan kesabaran kepada Isteri,anak-anak dan keluarga beliau dalam menghadapi ujian dari Allah S.W.T. Beliau merupakan jemaah yang sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti surau.