14 September, 2009

Berhati-hari memandu musim perayaan

Sepuluh kawasan di jalan persekutuan yang dikenal pasti berisiko tinggi mengakibatkan kemalangan kini dalam proses dinaik taraf dan penambahbaikan untuk membendung kemalangan jalan raya, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor."Setakat ini proses menaik taraf dan penambaikan di jalan itu siap 40 peratus dan ia dijangka siap sepenuhnya pada akhir November ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen keselamatan jalan raya peringkat Kementerian Kerja Raya 2009 di kawasan Rehat dan Rawat Dengkil arah utara di sini, pada Isnin.Antara jalan persekutuan yang dikenal pasti sebagai kawasan risiko kemalangan ialah di Jalan Serting Tengah di Negeri Sembilan, Jalan Damar Laut-Pantai Remis di Perak, Jalan Alor Setar-Kangar, Jalan Butterworth-Alor Setar, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Jalan Kuantan-Segamat, Jalan Batu Pahat-Kluang, Jalan Klang-Teluk Intan, Jalan Muar-Melaka dan Jalan Gua Musang-Kuala Krai.Shaziman berkata proses penambahbaikan di jalan-jalan itu tidak melibatkan perbelanjaan yang besar."Kadang-kadang mungkin hanya perlu buat perubahan geometri jalan itu atau tambah lampu isyarat dan ia tidak melibatkan belanja besar," katanya.Sementara itu Shaziman berkata beliau sudah mengeluarkan arahan kepada syarikat konsesi lebuhraya di seluruh negara supaya menghentikan buat sementara waktu semua kerja-kerja menaik taraf dan membaik pulih jalan untuk tempoh 10 hari mulai 17 Sept ini bagi kelancaran pengguna yang menggunakan lebuh raya untuk pulang berhari raya di kampung."Kami juga meminta mereka pastikan semua lorong di plaza tol dibuka dan lorong tambahan juga diarah supaya dibuka jika perlu bagi mengurangkan kesesakan di kawasan tersebut," katanya.Sementara itu, katanya dalam membendung kemalangan maut dalam negara Kementerian Kerja Raya melancarkan inisiatif kempen keselamatan jalan raya berkonsepkan nilai murni iaitu C.A.R.E. (C untuk cermat, A untuk adab sopan, R untuk berfikiran rasional dan E untuk etika)."Kempen ini bertujuan menerapkan nilai murni sebagai gaya pemanduan hidup mereka. Kempen ini bukan sekadar kempen hangat-hangat tahi ayam kerana untuk menanam budaya C.A.R.E dalam diri, ia melibatkan usaha yang bertersuan," katanya.

No comments:

Post a Comment