17 September, 2009

Jaga keselamatan musim perayaan

Warga TM sekalian,

Mulai 19 hingga 27 September 2009, ramai yang akan bercuti panjang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pejabat tempat kita bekerja akan ditinggalkan sunyi buat seketika.

Dalam suasana riang gembira pada hari-hari perayaan sebegini, janganlah kita lupa akan keselamatan pejabat/tempat kerja yang kita tinggalkan itu. Kita semestinya melaksanakan sesuatu untuk memastikan pejabat/tempat kerja kita juga sentiasa terjamin keselamatannya dan kita mesti mengambil langkah-langkah keselamatan pencegahan awal yang perlu.

Berikut adalah langkah-langkah keselamatan berpatutan yang perlu diberi perhatian dan diambil tindakan oleh setiap anggota untuk memastikan keselamatan pejabat/tempat kerja dan sebagainya tidak terdedah kepada ancaman kecurian/kebakaran atau risiko-risiko lain.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN YANG PERLU DIAMBIL SEBELUM MENINGGALKAN PEJABAT/TEMPAT KERJA UNTUK BALIK BERCUTI PANJANG:

1. Pastikan semua pintu/tingkap/kabinet pejabat ditutup dan dikunci.
2. Pastikan tidak menyimpan di dalam pejabat barang-barang atau bahan-bahan yang mudah terbakar seperti mancis api, minyak petrol, kertas-kertas usang atau apa-apa jua yang boleh menyebabkan berlakunya kebakaran.

3. Mematikan punca elektrik yang disambungkan kepada komputer, printer, scanner, LCD, pengecas bateri telefon bimbit, telefon biasa, cerek elektrik, radio/mini kompo, TV, perakam video dan sebagainya.

1. Mematikan punca elektrik bagi alat hawa dingin yang tidak diperlukan.

2. Jangan tinggalkan barang-barang berharga peribadi di pejabat/tempat kerja seperti wang tunai, barang kemas, telefon bimbit, komputer peribadi dan lain-lain.

3. Pastikan pili/paip air ditutup ketat/kemas agar tidak berlaku kebocoran yang boleh menyebabkan banjir di pejabat dan merosakkan peralatan.

4. Pastikan laluan-laluan kecemasan dan pintu kecemasan di pejabat tidak terhalang.

5. Pastikan kenderaan syarikat tidak diletakkan di tempat yang dilarang/menghalang laluan kecemasan.

6. Pastikan kenderaan syarikat diletakkan di dalam kawasan TM. Semua pintu, tingkap, tangga pada kenderaan dikunci. Kenderaan- kenderaan persendirian tidak dibenarkan diletak di dalam premis TM semasa pulang bercuti.

7. Pastikan barang/peralatan berharga tidak disimpan di dalam kenderaan. Sila keluarkan dan simpan di dalam setor yang selamat.

8. Pastikan barangan berharga seperti laptop, “pettycash” dan sebagainya disimpan di dalam kabinet/peti besi/bilik kebal yang berkunci.

9. “Penyelia Pejabat” hendaklah memaklumkan perkara ini kepada semua anggota di bawah seliaannya supaya mengambil langkah-langkah keselamatan awal ini untuk mencegah daripada berlakunya bencana yang tidak diingini yang akan merugikan harta benda syarikat dan anggota sendiri.

10. “Penyelia Pejabat” dan “Penghulu Bangunan” hendaklah mempunyai senarai anggota premis/bangunan masing-masing alamat rumah/nombor telefon untuk tujuan perhubungan apabila diperlukan. (Jika boleh) satu salinan diberikan kepada Unit Keselamatan Negeri/Menara TM

11. Jawatankuasa Premis/Bangunan (OSH Committee) berperanan dalam memastikan keselamatan di tempat kerja masing-masing.

12. Penyimpanan komputer peribadi di dalam kenderaan adalah dilarang sama sekali. Ini kerana pencuri dapat mengesan adanya komputer walalupun di dalam bonet kereta melalui alat pengesan bateri.

Pusat Kawalan Operasi, Pengurusan Keselamatan TM akan memantau tahap keselamatan 24 jam termasuk pada Hari Raya Aidilfitri bagi memastikan semua premis/bangunan TM seluruh negara berada di dalam keadaan yang selamat.

Bagi pihak Keselamatan TM
Komunikasi Korporat Kumpulan
Telekom Malaysia Berhad

No comments:

Post a Comment