04 December, 2009
Kelas Bahasa Arab
Kuliah zohor di SMT memang mendapat sambutan yang hebat setiap kali ia di adakan. Kuliah di adakan adalah berdasarkan kitab-kitab rujukan yang muktabar dan dianalisa oleh ustaz-ustaz yang kenali umum berwibawa dan komited dengan tradisi keilmuan. Ada cadangan dari jamaah supaya di adakan kelas bahasa Arab bagi mendalami ilmu agama dengan lebih berkesan. Cadangan yang rasanya munasabah ialah dua kali sebulan. Mengambil kesempatan kehadiran ustaz Alias yang baru sahaja mengetuai unit agama menggantikan ustaz Mohd Zakuan yang pencen, disarankan kelas ini di pimpin oleh beliau. Semoga cadangan para jamaah ini bakal menjadi kenyataan. Mungkin pihak surau terpaksa menggantikan dua slot kuliah biasa dengan slot kelasbahasa Arab ini. Walaubagaimanapun terpulang kepada kebijaksanaan AJK dalam menguruskan cadangan ini supaya menjadi kenyataan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aswt..Saya sebagai ahli jamaah surau bersetuju dengan cadangan kelas bahasa arab diadakan walaupun hanya dpt memahami satu minggu satu ayat.sekurang2nya dpt meransang minat jamaah utk lebih memahami bahasa Al-Quran yg mulia ini.
ReplyDelete