Oleh Idris Musa
idris@hmetro.com.my
2010/01/28
KUALA LUMPUR: “Memang menjadi tradisi dalam masyarakat bukan Islam, tidak memberikan restu, malah marah terhadap ahli keluarga yang memeluk Islam,” kata Pegawai Dakwah dan Kebajikan Hal Ehwal Sosial Pertubuhan Kebajian Islam Malaysia (Perkim), Amran Abdullah.
Menurutnya, mereka juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan di luar batasan undang-undang, termasuk mencedera dan membunuh ahli keluarga yang menukar agama diwarisi turun-temurun. “Sesiapa pun berisiko tinggi kalau menukar agama kerana golongan ini kalau boleh mati pun dengan agama asal keluarga. “Mereka juga sama seperti kita, akan marah apabila ahli keluarga menukar agama lain dan sesetengah kaum memang keterlaluan kemarahannya, sehingga menjadi suatu ancaman kepada mualaf yang baru berjinak dengan Islam,” katanya, diminta mengulas laporan muka depan Harian Metro, semalam. Mualaf berusia 48 tahun bersama isteri dan lima anaknya itu kini tinggal di dalam sebuah lori di Kuala Terengganu, umpama pelarian kerana terpaksa menyembunyikan diri dan identiti, semata-mata bagi memastikan keselamatan terjamin.
Semua itu hanya kerana mereka sekeluarga memeluk Islam tanpa restu sanak-saudara kira-kira tiga tahun lalu di Rawang, Selangor. Berikutan itu, dia sekeluarga terpaksa melarikan diri ke negeri lain untuk bersembunyi daripada ahli keluarga dan kenalannya yang kurang senang dengan keputusannya memeluk Islam. Amran berkata, ancaman keselamatan di kalangan saudara baru sudah lama menjadi kemelut yang tidak berkesudahan, sehingga ada mereka yang memeluk Islam secara diam kerana khuatir nyawa terancam dan kehidupan tidak tenteram. Menurutnya, dia sendiri pernah mengalami situasi seperti itu kerana memeluk Islam pada usia remaja, namun tentangan dan kemarahan keluarga diharungi dengan tabah. “Kes berbaur ancaman, ugutan, sehingga cuba mencederakan dan membunuh mualaf memang berlaku,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam.
ReplyDeleteTidak semua keluarga muallaf yang bertindak begitu.