28 September, 2009

Hindari laman web lucah

PENGERUSI Microsoft, Bill Gates pernah berkata: ``Dunia sekarang hanya berada di hujung jari anda.''Sememangnya kita ketahui fakta itu kerana dengan hanya duduk di hadapan komputer yang mempunyai akses Internet, satu klik mampu `membawa' kita ke seluruh dunia.Begitulah hebatnya dunia tanpa sempadan yang dihasilkan oleh teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).Walaupun teknologi sebenarnya di cipta untuk kebaikan, tetapi ia tidak terkecuali daripada dieksploitasi untuk membawa keburukan juga.Mendapatkan bahan-bahan terlarang seperti gambar dan video lucah dari Internet merupakan aktiviti yang berleluasa dilakukan oleh kebanyakan pengguna Internet di seluruh dunia.Ini kerana dalam `dunia tanpa sempadan' itu, ramai telah menggunakan kesempatan untuk mendapatkan bahan-bahan terlarang tersebut yang boleh diperolehi secara percuma.Bagaimanapun, sebenarnya mereka tidak menyedari perbuatan mereka itu boleh mengundang padah!Ini kerana anasir-anasir jahat di Internet telah menggunakan laman-laman web lucah sebagai tarikan pengguna sebelum menjadikan pengunjung sebagai mangsa.Ancaman virus dan variasi-variasinya kini sememangnya agak dahsyat kerana jika dahulu kita mengetahui virus hanya boleh disebarkan melalui disket atau CD, kini ia boleh disebar melalui e-mel dan terbaru hanya memerlukan anda mengunjungi laman web mereka.Mereka akan `menyerang' komputer pengguna dengan pelbagai jenis virus, trojan, adware (perisian iklan), spam atau spyware (perisian pengintip) yang langsung kita tidak sedari.Mangsa bukan sahaja boleh terjejas produktiviti kerana komputer menjadi lembap atau rosak tetapi juga boleh menyebabkan kerugian dari segi wang ringgit.Apabila ini berlaku, kadang kala ada pengguna terpaksa menanggung hutang beribu-ribu ringgit kerana bil telefon yang melambung.Maka ketika itu, masing-masing akan menudingkan jari menyalahkan syarikat telekomunikasi kerana mengenakan caj yang dikatakan `bukan-bukan' tersebut.Tetapi tahukah mereka bil telefon itu mencapai ribuan ringgit kerana disebabkan kesalahan, kealpaan atau `keghairahan' sendiri kerana mengakses laman web porno.Senario ini kecoh diperkatakan di negara kita baru-baru ini apabila ramai para pengguna Internet mengadu kepada media massa yang mendakwa mereka ditipu kerana bil Internet dan telefon mereka terlalu tinggi.Ceroboh``Mereka tidak menyedari yang apabila mengunjungi laman web porno, komputer mereka boleh diceroboh oleh virus yang melakukan sambungan Internet ke talian antarabangsa.,'' katanya seorang pakar keselamatan Internet.Sebenarnya apabila kita mengunjungi laman, memuat-turun gambar atau video dari laman web porno yang jahat, pengendali laman itu akan meletakkan sejenis virus atau trojan dalam komputer.Virus itu berfungsi dengan sengaja memutuskan talian telefon pengguna yang dihubungkan dari penyedia akses Internet tempatan dan kemudiannya menyambungkan kepada penyedia akses Internet tidak bertauliah di luar negara.Sudah tentu, bil telefon anda yang mengenakan caj tempatan sebelum ini akan dikenakan caj antarabangsa kerana ia telah dihubungkan ke talian luar negara.Apabila ini terjadi, pengguna tidak lagi dicaj dengan kadar 1 sen untuk akses Internet dan 1.5 sen untuk caj panggilan, kerana pengguna tidak lagi dihubungkan dengan perkhidmatan `dial-up' ke syarikat pembekal Internet tempatan seperti TMnet.Aktiviti ini dipanggil `Lambakan Internet' atau kadangkala dirujuk sebagai ` Pengumpil Modem'.Ketua Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Adelina Iskandar berkata, situasi ini kebiasaannya berlaku terhadap mereka yang melayari laman-laman web dewasa dan hiburan.Memantau``Sehubungan itu, pengguna Internet perlu lebih berhati-hati apabila melayari laman-laman web ini kerana ia akan mengakibatkan bayaran panggilan antarabangsa (IDD) yang tinggi,'' katanya. Selain itu, bagi ibu bapa pula, mereka perlu memantau dan melibatkan diri secara langsung dengan aktiviti-aktiviti Internet anak-anak kerana mereka boleh terdedah kepada bahan-bahan yang tidak sesuai.Bagi syarikat pembekal perkhidmatan Internet tempatan seperti TM Net Sdn. Bhd. dan syarikat telekomunikasi, Telekom Malaysia Bhd. (TM), kedua-dua syarikat itu telah mengambil pelbagai langkah untuk mengurangkan masalah tersebut.Antaranya ialah memberi penerangan melalui sisipan di dalam bil telefon dan Internet kepada 4.5 juta pelanggan, menempah iklan di akhbar, menghantar e-mel kepada pelanggan dan mengadakan taklimat media.Selain itu, TM juga telah menyekat semua panggilan IDD ke Papua New Guinea berikutan kebanyakan laman-laman web porno yang melakukan `Lambakan Internet' dipancarkan dari negara itu.Selain daripada meletakkan perisian `mendail sendiri' yang menyebabkan bil pengguna menjadi tinggi, pelbagai jenis virus juga telah menjadikan komputer anda sebagai `rumah mereka.'Virus-virus atau trojan yang telah memasuki komputer selepas anda mengunjungi laman web lucah itu juga sukar dihapuskan termasuk oleh perisian anti-virus.Kecanggihan teknologi yang digunakan oleh pembuat-pembuat virus itu membolehkan ia melakukan pelbagai aktiviti di dalam komputer tanpa pengguna menyedarinya langsung.PerisianAntaranya ialah mereka boleh melembapkan komputer dan akses serta menghantar lebih banyak virus atau spam (e-mel secara banyak) kepada kenalan-kenalan kita melalui alamat e-mel yang terdapat di dalam kompute.Dari segi kewangan pula, perisian jahat itu boleh mencuri rahsia dalam komputer seperti nombor kad kredit dan kata laluan urusan perbankan di Internet. Bagi virus jenis perisian iklan atau adware, mereka akan menjadikan laman web lucah sebagai default page dalam perisian Internet Explorer kita.Setiap kali kita membuka perisian Internet Explorer, laman web lucah itu akan terbuka terlebih dahulu yang boleh memalukan jika anda membuka Internet di hadapan anak-anak atau ketua di pejabat.Laman web porno ini pula kebanyakannya tidak boleh ditutup kerana kecanggihan teknologinya.Sehubungan itu, anda perlu memastikan yang komputer anda telah melaksanakan pelbagai keperluan keselamatan komputer jika hendak menghindarinya.Memasang perisian anti-virus, memasang perisian firewall, memasang perisian penapisan kandungan untuk kanak-kanak seperti NetNanny dan sebagainya merupakan keperluan masa kini.Bagaimanapun, penapisan terbaik dari ancaman gejala-gejala tersebut perlu datangnya daripada pengguna sendiri. Jika jari kita tidak `gatal' untuk klik kepada laman-laman web lucah itu, sudah tentu kita tidak akan menerima padahnya.

No comments:

Post a Comment